Kisah pertama. Aku dan suami. Tengahari semalam aku balik rumah dan tiada siapa pon kat rumah dan tiada makanan untuk aku makan. Aku pon semacam hangin. Tapi aku diam dan buat2 cool jek. Sempat la aku sidai baju dan basuh baju. Bila aku call husband mintak tapau dia kata dia pegi parkson teman kawan dia nak beli perfume tapi dia tetap akan tapau untuk aku. Okay fine lah. As long as tapau aku cepat sampai. Dah siap keje² rumah aku lepak tengok tv sementara nak tunggu tapau aku sampai. Bila makanan aku sampai tak sempat aku menjamah berlaku la sedikit perselisihan faham. Aku pantang btol orang bekira ni. Ha kann.. Tadi aku punya hangin aku try control. Tapi disebabkan kamu telah menambahkan hangin aku. Maka dengan itu suara aku (ketika itu aku berada depan keta aku yang baru bole start) dari depan porch tembus terus ke rumah belakang. Aku pon dapat rasa suara aku time tu kuat gila noks. Mak dah marah.. ha habis la kau. Rasanya satu taman bole dengar. Ah lantak lah! Dan nasib baik kawan kau tu duduk dalam keta. Aku rasa kalau kawan kau menebeng, memang confirm lah dengan kawan² kau skali kene hamun dengan aku. Orang lunch makan nasi dia makan hamun aku. Haa.. Ada aku kisah!
Pesanan disini: Kepada para suami. Tolong jangan berkira kerja² rumah dengan isteri anda yang bekerjaya okay!
Kisah kedua. Malam tadi aku lepak dengan seorang isteri yang sangat menderita dengan si mak mentuanya. Menderita mental. Aku dengar cita si isteri ni pon aku yang sakit jantung. Inikan pulak dia. Patut la sakit dada sampai tak bole bernafas. Si suami sangat mementingkan maknya dan maknya pula utamakan anak lelaki ni. Jadi si isteri la yang menjadi mangsa. Si isteri tinggal dirumah mentua. Apa bole buat. Stok dengar gila² cakap si suami. Sudahnya dirinya sendiri tidak dibela oleh si suami. Si mak mentua pula bole menghina si isteri depan² si suami. Yang si suami pula membuat fitnah dan membela diri sendiri supaya kesalahan itu jatuh kepada si isteri. On tidak! Kenapa la si suami ni. Aku naik tak paham. Bila depan maknya bersungguh² dia menyalahkan isterinya. Padahal diawal perjanjian si suami membenarkan si isteri keluar untuk berjumpa rakannya. Tapi tiba² si suami bertukar perangai. Si mak mentua menfitnah si isteri yang asyik keluar berhoray² dengan rakan² tanpa mempedulikan si suami. Eh! Makcik... kalau makcik tak tau ape² makcik tanya dulu bole tak. Ini tak. Main sebat jek suka² fitnah orang macam². Aku kalau jadik si isteri memang makan hamun aku la makcik tu. Bila si suami tag team dengan maknya. dah tentu 150% nampak salah si siteri. Yang si isteri hanya mampu menangis dan menangis. (ha tu je la keje ko kan).
Bila si isteri lari masuk ke bilik (mak mentua still membebel² okay) si suami mampos buat tatau langsung tak pujuk si isteri (langsung takde rasa besalah). Si mak mentua tak habis² mengulang² percakapannya. Bila si mak mentua dah habis bersama radio buruknya, baru la si suami terhegeh2 memujuk si isteri. Baju² si isteri yang dibuang sebentar tadi dikutipnya balik (kira macam drama la siap buang² dan halau² si isteri). Si isteri sangat tertekan sehingga sakit dada dan sesak nafas. Huh! Sudah lama sebenarnya si isteri menangung kesengsaraan di rumah mentua. Tapi didiamkan sahaja. Si suami pula jenis dibelakang mak memang baik dengan si isteri. Tapi bila didepan mak, tak dipedulikan si isteri. Sampai bila nak pretend macam tu kan. Sudahnya si isteri dah tak lepas keluar lagi dah. Malam tadi terlepas pon sebab si suami main futsal. Aku benci la drama² macam ni. Kesimpulannya si isteri tak sabar untuk berpindah ke rumah baru mereka. Tak jauh pon rumah baru dengan rumah mentua. Hahahaha... penyakit tu tetap ada dan akan datang juga. All the best si isteri. Aku sangat simpati sama kamu.
Kisah ketiga. Pasangan yang sudah lama berumahtangga. Perkahwinan yang berusia 6 tahun. Tiada masalah langsung dengan si suami dan juga mentua. Tapi mereka tiada zuriat. (masalah jugak tu) Aku sebagai kawan meng'recommend'kan si isteri ke specialist yang aku tau. Proses sedang dijalankan. Harapan supaya usaha kali ini membuahkan hasil. Amin :)
Kisah keempat. Pasangan yang tidak direstui. Cerita di pendekkan. Disebabkan tak direstui pasangan ini telah bernikah di Songkhla. Si suami jauh lebih tua dari si isteri. Si isteri berusia 25 tahun. Ada seorang anak. Disebabkan kedua ibubapa dan mentua tidak menerima mereka maka si isteri meminta belas kasih sayang dari seorang kawan yang mempunyai ibu yang sangat memahami masalah si isteri. Si isteri pernah berdegil untuk pulang berjumpa dengan ibunya. Tapi dihalau dan diheret keluar oleh bapanya. Ibunya tidak berapa kisah tentang perkahwinannya dan menerima seadanya tetapi disebabkan bapanya begitu benci dengan anaknya maka ibunya tidak dapat berbuat apa². Sudah tiga tahun beraya tanpa ibu, bapa, adik beradik dan saudara. Hanya beraya bersama si suami. (halahai... sedih plak kisah ni). Walaupon hidup si isteri mewah tetapi si isteri tidak dapat menikmati kebahagiaan seperti pasangan² lain.
Nasib selepas berkahwin tiada siapa pon yang tau.
Sebelum kahwin lain jadinya.
Sudah kahwin.
Ha lu pikir la sendiri.
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment